Tuesday 17 May 2016

Rindu

17/5
Birthday akak nak dekat. Adik tak ada dengan akak sekarang. Akak tertanya-tanya apa yang adik tengah buat, adik kawan dengan siapa kat sana, adik ada ramai kawan ke tak. Semuanya pasal adik akak nak tahu sangat. Memang sampai sekarang akak adalah 'anak tunggal' bagi mama and papa. Akak anggap semua ini ada hikmah di sebalik rahsia yang cuba mama n papa sembunyikan dari akak. Adik. Adik nak tahu tak. Setiap hari akak tengok gambar adik. Walaupun dah 5 tahun berlalu, akak tertanya sangat macam manalah muka adik sekarang kan? Mesti adik cantik. Kalau adik ada

Sunday 15 May 2016

Rindu yang tidak disahut

Adik cakap semuanya telah berubah. Dan akak sangat takut untuk kehilangan adik. Malam itu berlalu dengan panjang. Sebab akak berfikir adakah akak patut lepaskan adik kepada orang lain?
Adakah adik betul-betul kena pergi? Pada waktu itu, hanya yang Maha kuasa sahaja yang memahami perasaan akak. "Mama, kenapa dia bawa adik?" akak tanya mama. Mama diam je. Akak cuba kejar adik. Akak ade adik sorang je. Tapi kenapa dia ambil adik dari akak? Kenapa mama biarkan orang itu ambil adik dari akak? 

Sepanjang malam itu, akak menangis. Akak rindukan adik. Akak perlukan adik di sisi akak. Tiba-tiba telefon akak bergetar dengan pesanan (sms), 'Akak, adik sihat dekat sini. Ramai yang jaga adik. Akak jangan risau ye'. Akak sangat gembira adik mesej akak. Akak balas mesej tu dengan hati yang gembira tetapi tiada balasan walau berapa jam akak menunggu. Yang pasti, akak tahu adik selamat. Mama hanya memberitahu bahawa adik di Kedah. Tanpa mengetahui sebab tersebut, akak cuba untuk hidup tanpa adik. Sehingga hari ini, akak teringat pada adik. Akak dengan tiba-tiba rindu sangat pada adik. Rindu yang tidak dapat akak pendam lagi. Pada pukul 1.57 pagi, akak meluahkan rasa rindu akak pada adik melalui blog-blog akak. Akak sangat mengharapkan adik berada di suatu tempat yang turut merindui akak.